Statements

JREC SOKONG PENUH PENDIRIAN MAIS BERHUBUNG FATWA FAHAMAN LIBERALISME DAN PLURALISME AGAMA

June 20, 2025 Gombak, Selangor

Untuk Edaran Segera

Persatuan Jaringan Islam Global Masa Depan (JREC) menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan fatwa yang mengisytiharkan fahaman liberalisme dan pluralisme agama sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

JREC berpandangan bahawa keputusan ini amat penting dalam memelihara kesucian akidah umat Islam serta menghindari kekeliruan dalam masyarakat. Kami turut berkongsi kebimbangan MAIS terhadap penyalahgunaan nama Islam oleh mana-mana entiti atau individu yang membawa fahaman bertentangan dengan prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Sebagai badan yang memperjuangkan pendidikan dan kesejahteraan masyarakat pelarian, JREC menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh kefahaman Islam yang sahih serta menyokong usaha memperkasa institusi fatwa dan autoriti agama negeri.

"Mendidik Minda, Menginspirasi Ihsan"

Dikeluarkan oleh:

Persatuan Jaringan Islam Global Masa Depan (JREC)